ummihana
Female
Singapore

<< October 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Hulurkan salam muhibbah

Sampaikan salam anda di sini!!!!






   

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, October 19, 2007
Kenalkan Aku pada Cinta Itu-epi8

        Sudah sebulan dia tidak mendengar khabar berita Aida. Kalau sms, tidak di balas, bila telefon, selalu saja di divert ke rumah..Peliklah si Aida ni.buat apa ada handphone kalau di matikan sepanjang masa.Macam mana pula kalau ada panggilan kecemasan? Bila ditanya pada Herman, Herman pun tak tahu. Apa yang dia tahu, Aida semakin sibuk, sehingga sanggup mengambil alih tugas orang lain.Aida perlukan wang ke? Tidak.Habis tu, kenapa kerja sampai tak ingat orang? Menurut Herman, semenjak lepas kenduri dirumahnya, dia nampak perubahan Aida..Tiba tiba jadi workaholic.Kalau boleh nak kerja dua puluh empat jam. Tiba tiba rajin buat night inspection.Kalau selalunya, Aida lah yang akan mengelak untuk bekerja malam kerana dia tak ada kenderaan sendiri. Aida terkilan kerana dia merahsiakan pernikahannya? Kalau ia, kenapa pula? Aida bukan jenis yang suka merajuk, ambil hati. Dia rugged tahap gaban!

"Apa yang di fikir, kan abang?" suara itu mengejutkan dia dari lamunannya. Dia memandang empunya suara yang sedang berjalan perlahan kearahnya.Kasihan dia melihat isterinya. Dalam keadaan sarat itu, masih lagi bersusah payah menyiapkan minuman petang. Wajah yang sentiasa tersenyum itu amat sejuk dipandang.

"Meen, mari sini,"dia menepuk nepuk tempat duduk dui sebelahnya, tanda dia mahukan isterinya duduk di sisinya.Yasmeen akur dengan permintaan itu.

Yasmeen mengulangi pertanyaannya. Zaidi hanya menunjukkan handphone yang terletak di atas meja.

"Dia masih tak jawab?" tanya Yasmeen, seolah olah tahu gerangan insan yg cuba dihubungi suaminya.

"Abang tak cuba cari dia?" Yasmeen bertanya lagi.

Hanya gelengan yang menjadi jawapan. Zaidi mengambil cawan diatas meja.Disuanya ke bibir.

"Kita kerumahnya esok, bang?" kata Yasmeen setelah melihat suaminya hanya berdiam diri.

"Nak buat apa, Meen? Dia mungkin nak elak dari kita,"jawab Zaidi acuh tak acuh.

Yasmeen meletakkan tangannya di lengan suaminya,"Mana pergi Eddy Bahrain yang optimis? Kita cubalah..mana tahu, dia sibuk, tak sempat nk hubungi abang.Atau handphone dia kena curi, dia tukar nombor...banyak kemungkinan, kan?"


Zaidi mencuit pipi Yasmeen,"Meen tak pernah nk buruk sangka eh? Ni yang buat abang sayang kat Meen, tau."

Yasmeen hanya tersenyum dengan pujian suaminya.Sudah kerap benar kata kata itu di luahkan Zaidi Bahrain terhadap isterinya.

"Meen tak marah ke, abang masih berkawan dgn Aida tu?" tanya Zaidi.

Yasmeen menggeleng pantas, sambil matanya mencerun melihat Zaidi.

"Dia kawan abang, dan dari amatan Meen yg lemah ni...she needs our help."

"Maksud Meen?"Zaidi mula minat dengan papa yg hendak diperkatakan oleh isterinya.

"Kelmarin, sewaktu Meen tumpang solat di rumah Herman, Sarah ada beritahu Meen yang kawan abang..siapa nama dia?Hmmm.....that guy......."Yasmeen masih terfikir fikirkan nama seseorang tapi pantas di pintas oleh Zaidi.

"Siapa? Amir? Amir Haikal? The one who hates me like hell?" tanya Zaidi.

"Hah! Yup.Amir!...Tapi abang ni, cakap macam pernah nampak hell jer, gaya. Sarah kata,hmmmm he's trying to get close with Aida...."Yasmeen menampakkan riak tak gembira pada suaranya.

"Alaa, diorang memang dari Poly dah close, nak heran apanya?Pegi clubbing sama-sama.Lepak kat beach sama-sama.” Zaidi membalas malas.

"Kata Herman, dia macam nak jadikan Aida his woman,"beritahu Yasmeen.

"Kahwin?"

"Precisely....dia nk Aida kahwin dengan dia...something like that lah...."

"So?" Zaidi masih tak faham apa yang dimaksudkan isterinya.

"Mr Eddy, awak tak risau ke kawan awak akan kahwin dengan orang yang macam Amir.Keluar masuk pub, minum, entah apa apa lagi.Dia bukan calon suami yang baik.Dia tak akan dapat bimbing Aida...."Yasmeen mengelus perutnya lembut. Letih dia bercakap banyak dengan perut yang dah memboyot itu.

Zaidi meraih bahu isterinya,"Puan Yasmeen, apa yang seharusnya saya buat?Takkan saya nak halang mereka?Awak ingat saya ni CicakMan yang beriya-iya nka haling Professor Clon?"seloroh Zaidi

"Kalau boleh..kita halang mereka, kita halanglah...Meen baru kenal Aida, sekali kelmarin, tapi Meen risaulah kalau dia dapat suami mcm Amir. Memang Meen tak kenal Amir,tapi dari cerita Sarah...he's not a good choice,lah,"bersungguh sungguh Yasmeen mengeluarkan hujjahnya.Macam pendebat saja gaya Yasmeen.

"Meen, mereka dah dewasa. Abang cuma kawan baik Aida, bukan abang dia, atau saudara dia..There's nothing that I can do....."beritahu Zaidi.Memang dia tak berkuasa untuk menentang perkara itu. Dia bukan sesiapa dalam hidup Aida...bahkan tak pernah ada apa apa pun dengan Aida.

Yasmeen menghela nafas berat. Dia memandang wajah suaminya sekilas.

"Kalau Meen jadi abang, Meen pinang dia......"akhirnya Meen menggumam rendah.

"Pinang dia untuk siapa? Mana kita ada adik lelaki, Meen?"pintas Zaidi lagi

"Pinang dia, untuk abang. Selamatkan dia dari Amir...."lancar bait bait perkataan itu keluar dari mulut isterinya.

Zaidi memandang wajah polos Yasmeen tepat. Dia tak faham dengan isterinya petang itu.

"Yasmeen Izzati, kenapa?Meen letih eh? Dah, pergi rehat okay...rehatkan fikiran tu...Jgn fikir banyak banyak,"pesan Zaidi. Dia tahu, isterinya suka membawa masalah orang lain kedalam hidupnya.Lantas menjadikan masalah itu, masalah dirinya.

"Kalau kita tahu, ada nasib seorang wanita yang tak selamat diluar sana, mampukah kita bersenang senang? Mana hati dan belas kita, bang?"Yasmeen meluahkan rasa hatinya.

"Meen, can we talk about this some other time? Meen mengandung, hormon Meen mungkin tak balance.Sebab tu Meen cakap yang bukan bukan...."Zaidi mengusap pipi gebu Yasmeen manja.Dia tak mahu isterinya terbawa bawa dengan masalah orang lain. Tapi Aida...tu orang lain ke? Dia kawan baik Zaidi Bahrain bukan?

"Bang, kita tolong Aida, okay...Apa cara sekali pun,"pinta Yasmeen.Dia memegang kejap tangan suaminya. Zaidi hanya mengangguk....tanpa kata apa apa.

Posted at 01:34 am by ummihana

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry