ummihana
Female
Singapore

<< March 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Hulurkan salam muhibbah

Sampaikan salam anda di sini!!!!






   

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, June 21, 2008
kenalkan aku pada cinta itu 17

.
             Wajah-wajah insan dihadapannya diperhatikan seorang demi seorang. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan sekarang. Semua pendapat berpihak kepada Yasmeen. Eddy sendiri seperti sudah bungkam dengan setiap kata-kata mereka dihadapannya. Wajah Aida yang sepi sedari tadi turut disoroti. Dia tidak dapat mengagak apa yang ada didalam hati gadis itu. Bukan dia tidak mahu mengambil Aida sebagai isteri keduanya, tapi bagaimana mungkin dia mengenepikan yasmeen yang begitu sangat dia sayangi. Dan dia juga tidak mahu menganiaya Aida. Dia menfhormati pendirian gadis itu. namun kini, semuanya sudah tidak boleh di perkatakan lagi. Entah bagaimana, semua yang berada di situ seolah-olah menyetujui kata kata Yasmeen. Dia akur, mertuanya amat menyeyangi isterinya itu.Tetapi sampai bersengkokol meminta dia menikahi Aida....apakah mereka mempunyai agenda tersendiri? Dia tidak mahu Aida menjadi mangsa keadaan.

           Ummi Aisyah sedari tadi kelihatan tenang, duduk bersebelahan emak Aida. Yasmeen yang duduk di sisinya, tiba-tiba menggenngam erat jemarinya. Dia memandang kesisi, melihat wajah isteri yang disayanginya itu.

           "Sebenarnya, Eddy dah lama istikharah tentang ini. Eddy sudah pun tahu jawapannya. Tapi Eddy tak mahu tersilap bertindak. Eddy sayangkan Yasmeen sebagai isteri. Selama hampir tiga tahun ini, dia banyak bersama Eddy dalam segala susah senang." Suaranya tenang walaupun hatinya yang bergetar itu ,membuat dia hampir-hampir tidak mampu untuk meneruskan lagi. Dia memandang Aida yang sedang merenung lantai. Kak Nura dan Syaheed yang duduk tidak jauh dari tempatnya dijeling sekilas. Dia sedar, dia berada didalam suasana yang tidak pernah terfikir olehnya. Dia dikelilingi oleh isteri dan keluarga mertuanya dan mereka sama-sama setuju meminta dia menikahi sahabat baiknya. hanya kerana mereka mahu melihat gadis itu di selamatkan...

           "Jadi apa jawapannya, anakku?" soal Ummi Aisyah tersenyum seolah-olah dia sudah tahu akan jawapan istrikharah menantunya itu,

             Zaidi Bahrain memandang wajah mertuanya tunak. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada keluarganya sendiri. walaupun ayah dan ibunya agak tidak berapa setuju, namun mereka menyerahkan segalanya kepada Zaidi. Apa kata putus Zaidi, itulah yang menjadi kata putus mereka. lagipun, mereka sudah mengenali Aida, walaupun tidak secara dekat.

             "Jawapan istikharah itu lebih menjurus kepada permintaan Yasmeen."beritahu Eddy denga suara yang rendah. Ummi Aisyah serta anak-anaknya termasuk Yasmeen tersenyum mendengar jawapan Eddy.

             "Aida, aku tak tahu apa yang kau fikirkan sekarang. Aku melamarkan kau sekarang bukan kerana aku terpaksa. BUkan kerana ini permintaan Yasmeen. Tapi, kalau setiap kali istikkharah, wajah engkau yang aku nampak, aku yakin  ada sesuatu yang hendak disampaikan Tuhan." Eddy berbicara bersaksikan ahli keluarga isterinya.

            "Aida, terimalah kami sebagai keluarga baru Aida. Meen sanggup kongsi segalanya. Meen belum gila, Aida..Tapi entah kenapa, sejak menikah dan mendengar cerita tentang Aida, Meen terpanngil untuk bertemu dengan empunya diri. Dan perkara ini datang dengan sendiri. Meen sendiri tidak tahu kenapa ia berlaku kepada Meen." Yasmeen bersuara pula.

            "Tapi aku serahkan pada kau, Aida. Aku tak mahu kau rasa tertekan denganlamaran aku ini. Aku sedar, kau sepatutnya menerima nasib lebih baik dari ini. Siapa pun tak suka jadi isteri kedua.Itu aku faham, Aida.Yang penting sekarang, aku tak mahu menyiksa jiwa kau. Aku menghormati setiap keputusan engkau, sebagai seorang sahabat." Eddy menyambung lagi bicaranya. Dia sendiri tidak pasti kalau Aida menerima lamaran itu. Gila! memang gila perbuatan yasmeen itu, meminta Aida menjadi isterinya, yang kedua!

          Suasana menjadi hening seketika. Aida yang sedari tadi diam merenung lantai mengangkat wajahnya. Dia memaksa dirinya memandang wajah Zaidi dan Yasmeen. Satu ketika dulu, memang dia amat menyenangi sahabatnya itu. tetapi hatinya berubah arah apabila melihat Eddy sudah beristeri. Dia tidak mahu keakrabannya menjadi masalah kepada perkahwinan Eddy. tetapi tidak disang pula, Yasmeen meminta dia menjadi madunya! Sungguh dia tidak faham akan semua yang berlaku kini. Abah dan emaknya pula seperti tidak memikirkan apa yang bakal berlaku kerana mereka seolah-olah setuju dengan permintaan Yasmeen itu. Aida menarik nafas dalam-dalam. Susah untuk dia menyatakan apa yang di hatinya. Dia berada  di dalam keadaan serba salah yang amat sangat.

         "Yasmeen, Ummi, Kak Nura, Aida dah tahu nak cakap apa. Perkara ini datang terlalu tiba-tiba. Aida tak tahu nak kata apa. Memang tidak masuk akal juga kalau kita fikirkan perkara ni, tetapi Aida tidak mahu semua yang ada di disini berfikir yang bukan bukan tentang apa yang Aida katakan ini." Ada getar pada suara gadis itu.
Aida bukan gadis pengecut. Wataknya yang tegas dan berani dilamklumi oleh semua rakan dan saudara mara. Namun apabila datang perkara seperti ini, hati kecilnya sering dilanda kerisauan. Hati gadisnya sering menangis pilu. Terlalu banyak yang dia fikirkan. Eddy seorang lelaki yang baik, sedangkan dia????

           "Cakaplah, Aida cakapa saja apa yang ada didalam hati Aida itu. Kami sedia mendengarnya,"Pujuk Nura lembut. Dia yakin gadis itu perlukan kekuatan untuk  berkata-kata.

            "Selama Aida kenal Eddy, dia lelaki baik. Dan dia juga sudah memiliki satu keluarga yang sempurna. Aida tak nampak keperluan untuk dia menjadikan Aida isterinya. Lebih lebih lagi Aida ni...bukan perempuan yang baik..sedikit pun Aida tak setanding Meen." Kata kata Aida membuat Yasmeen mengeluh kecil Tedrnyata Aida masih belum mampu menerima lamaran itu.

             "Aida, setelah apa yang berlaku kepada Aida, Meen berasa bertanggungjawab keatas Aida. Aida perlukan perlindungan seorang suami.  Abang Eddy tak dapat nak bantu Aida kalau apa-apa berlaku pada Aida. Tapi sekiranya Aida dah jadi isteri abang Eddy, Meen yakin tiada siapa yang akan mengganngu Aida.Meen harap Aida faham apa yang Meen maksudkan ini." yasmeen benar benar berharap agar Aida dapat menerima kata-katanya itu.

             "Aida, memang tidak pernah berlaku seorang emak sanggup melihat anaknya di madukan. Lebih lebih lagi, Aida ini anak sulung abah. Tapi abah akur,jika ini untuk kebaikan anak abah ini, abah terima dengan hati terbuka. Abah redha dengan lamaran Eddy. Terima lah, Aida." abahnya yang diam tadi mula bersuara memberi pendapat. Dia sudah dapat menerima kehadiran Eddy dan Yasmeen masa mereka mula -mula datang menziarahinya dulu. Perwatakan Yasmeen tidak mendatangkan sedikit pun was was pada dirinya.

            "Abah...Aida tak tahu....apakah ini perkara terbaik untuk kita? Untuk Aida, untuk Meen, untuk Eddy...Aida tak mahu ada sesiapa pun yang menyesal dengan pernikahan ini." tegas jawapan yang keluar dari bibir anak sulungnya itu sambil matanya menjeling kewajah Zaidi.

           "Aida sudah istikharah?" tiba-tiba Ummi Aisyah bertanya membuat Aida terkesima sedikit. Istikharah? bagaimana mungkin, kalau solat yang asas pun tidak pernah dia lakukan. Tiba-tiba rasa keinsafan menjalar kedalam dirinya. Soalan wanita sebaya ibunya itu meruntuj hatinya. Soalan itu membuat dia serba salah. rasa bersalah tiba-tiba menerjah kedalam hatinya. Ya Allah....bagaimana mungkin??

         "Aida..berilah masa untuk Aida berfikirkan lamaran ini. Kami mengharap sangat agar Aida meluangkan masa memikirkan perkara ini. Ini untuk kebaikan semua, sebenarnya. Ummi sendiri memang tidak pernah menjangkakan yasmeen sanggup bermadu, walaupun bermadu itu bukan perkara asing dalam hidup kami. Ummi yakin, pilihan Yasmeen bukan pilihan yang salah. Aida adalah pilihan yang betul. Dan ingat satu saja...semuanya ada hikmah. Carilah hikmahnya, iya," majlis keluarga itu diakhiri dengan kata-kata nasihat dari Ummi Aisyah kepada Aida. Wajah sugul Aida kelihatan sedikit berkerut mendengar kata-kata wanita itu.


            

          



Posted at 11:21 pm by ummihana
Make a comment  

Next Page